Hal Ehwal Akademik Kampus_UiTM_Kuala_Pilah

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Akademik ditubuhkan bersama dengan kewujudan UiTM Negeri Sembilan pada 1 Jun 1999 yang beroperasi di Kampus Sementara di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Jalan Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Diperingkat awal, UiTM Negeri Sembilan telah menawarkan dua program ialah Program Pra Sains dan Pra Perakaunan dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar seramai 166 orang.

Pada tahun 2001 UiTM Negeri Sembilan telah menambah dua lagi kursus iaitu Kursus Diploma Komputer Sains dan Kursus Diploma Sains. Walau bagaimanapun pada tahun 2003 Kursus Diploma Komputer Sains dan Diploma Sains telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam dan Kursus Pra Perakaunan telah di pindahkan ke UiTM Pahang.

Kini UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program Pra- Diploma Sains sahaja dan dalam usaha meningkatkan prestasi para pelajar Pra- Diploma Sains di UiTM Negeri Sembilan.Berlaku pertambahan fakulti yang akan ditempatkan di Kampus Seremban 3.

Antaranya ialah

1.Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi2.Fakulti Sains Matematik dan Komputer3.Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi

UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program

Fakulti Sains Gunaan

1.Diploma Mikrobiologi (AS114)

2.Diploma Teknologi Makanan (AS116)

3.Diploma Teknologi Tekstil (AS118)

4.Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi (AS201)

5.Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (AS202)

6.Pra Diploma Sains (PD007)


Akademi Pengajian Islam Kontemporari

1.Diploma Pengurusan Halal (IC120)

Visi

Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecememerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Memberi khidmat professional kepada program yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan bagi melahirkan generasi Profesional Bumiputra yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika serta mampu meneraju pembangunan Negara.


Piagam Pelanggan


"KAMI BERJANJI UNTUK TERUS MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERKESAN, CEKAP DAN TEPAT DENGAN MESRA KEPADA PELAJAR, PENSYARAH, IBUBAPA DAN PELANGGAN KAMI."


Tugas-tugas bahagian akademik pelajar.

  1. Pentadbiran Am
  2. Rekod Pelajar
  3. Peperiksaan